Selamat Datang^^

Kami menghasilkan kraftangan siap (ready made) dan juga tempahan khas (special order). Bagi special order, kami menyediakan ruangan pada borang untuk membuat pilihan warna dan saiz. Jika warna pilihan tidak ada dalam stok kami, kami akan menghubungi anda untuk mendapatkan pilihan warna yang lain. Kami juga menjual barangan untuk menghasilkan kraf!


Sila memetik hasil kraf di KebunKraf^^



Tuesday 25 June 2013

Ini Shopping Bag Saya

Time for bag update!^^

Hari Sabtu adalah hari plastik berbayar. KebunKraf menyambut baik seruan kerajaan bagi mengurangkan penggunaan plastik. Apa kata korang bawa beg 'Ini Shopping Bag Saya' bukan setakat hari Sabtu, malahan setiap kali korang nak pergi shopping. Beg yang dibuat dari kain belacu ini ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. And yes, it is suitable for groceries too!







CODE: LB003
PRICE: RM4.00

Oleh kerana harga amat murah, adalah tidak digalakkan membeli sehelai sahaja. Kalau nak beli sehelai juga, kami yang untung; bukan anda. Hehe. 

Countdown to Ramadhan: 15 days to go!

Monday 24 June 2013

Beg Tupperware

Salam ceria Isnin! 

Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik memandangkan jerebu sedang melanda negara kita. Banyakkan minum air ye^^

Produk yang dihasilkan kali ini adalah beg yang sesuai digunakan untuk mengisi bekas tupperware. Jom tengok hasilnya..













CODE: LB002

Haa.. Amacam? Kalo berkenan, boleh la klik pada borang tempahan.

Oh ye, selamat menyambut Nisfu Syaaban. Semoga amalan kita diterima olehNya. Mari kita persiapkan diri sambil menantikan kedatangan bulan penuh keberkatan. Marhaban ya Ramadhan!^^

Friday 24 May 2013

Si comel Ihab

KebunKraf telah mendapat keizinan si ibu untuk meletakkan gambar anaknya di blog ini bersama headband KebunKraf. Comelnya kamu, Ihab Insyirah^^


Masalah terbang seketika bila tengok baby^^

Klik sini untuk melihat headband.

Wednesday 22 May 2013

Tissue Box Cover

Selamat hari Rabu!

Item baru di KebunKraf kali ini ialah alas kotak tisu yang superb. Produk gebu-gebu ini dihasilkan oleh Fiezza Ra. Isi borang untuk tempahan^^


CODE: CV001



CODE: CV002



CODE: CV003





CODE: CV004









Monday 20 May 2013

Hati Suci

Assalamualaikum, 

Semoga kita semua sentiasa di bawah redhaNya^^

KebunKraf berjaya menghasilkan satu lagi design heart handphone strap mengikut permintaan pelanggan. 




CODE: ST004

PRICE: RM5.00

Nak juga design ni? Do fill in the form^^

Friday 17 May 2013

Gadis dan Bunga

Salam ceria Jumaat! 

Assalamualaikum, pembaca setia dan yang baru membaca^^

Dimana ada bunga, pasti si gadis suka. Jom tengok warna-warni brooch KebunKraf yang dibeli dan ditempah pelanggan pada bulan yang lalu sambil nyanyi lagu Gadis dan Bunga. 

Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu... :D







Wednesday 15 May 2013

Kasih Ibu

KebunKraf mendapat tempahan heart hp strap daripada seorang ibu untuk anak-anaknya. 

Terima kasih^^








Tulisan serabut & terpaksa dirapatkan sebab tak cukup ruang..

Nak design lain? Klik pada label Heart Hp Strap

Monday 13 May 2013

Sneakers #2

Alhamdulillah, sneakers biru comel ini dihasilkan buat kali kedua! Sneakers ini adalah item paling popular yang menduduki tempat pertama di carta KebunKraf. Terima kasih mama Farah dan Nabilah^^






Nak tengok hasil yang pertama? Klik Sneakers for boy

Wednesday 1 May 2013

Set Baby Accessories



CODE: BS001



CODE: BS002



CODE: BS003

Set aksesori bayi ini terdiri daripada topi bayi, beg kecil dan headband. PM di email atau facebook kami untuk harga. Produk daripada Fiezza Ra.

Happy shopping!

Monday 8 April 2013

Topi Bayi Comel

Lai lai.. Produk kali ini dihasilkan oleh Fiezza Ra yang cantik gilerr walawehh. Hasil yang kemas dan mantap oleh otai crocheter! Seperti biasa, order di borang tempahan atau pm kami di facebook KebunKraf.


CODE: HG004



CODE: HG005



CODE: HG006



CODE: HG007

PRICE: RM19.00

Cantik kan? Next entry, set baby accessories beserta bag dan headband. Nantikan!

Thursday 28 February 2013

Assorted Buttons

Assalamualaikum & hello readers^^

Korang kreatif? Pandai buat kraftangan? Kini KebunKraf melangkah setapak ke hadapan dengan menjual butang-butang comel untuk crafters di luar sana. Buttons boleh digunakan untuk pelbagai jenis kraf yang diilhamkan dengan daya imaginasi korang sendiri. 


CODE : BT001
PRICE : RM5.00/25pieces
SIZE : 1.5cmx1.5cm


CODE : BT002
PRICE :RM4.50/25pieces
SIZE : 1.3cmx1.3cm


CODE : BT003
PRICE : RM4.00/25pieces
SIZE : 1.3cmx1.3cm



CODE : BT004
PRICE : RM4.50/25pieces
SIZE : 2.3cmx3.3cm



CODE : BT005
PRICE : RM3.80/25pieces
SIZE : 1.2cmx1.0cm


CODE : BT006
PRICE : RM3.00/25pieces
SIZE : 1.4cmx1.4cm

Comel-comel belaka kan? 

Selamat mencuci mata di KebunKraf^^

Monday 25 February 2013

Bunga warna warni....

Alhamdulillah, kami berjaya menyiapkan 42 biji brooch untuk dijual di Pesta Layang-Layang 2013 bertempat di Putrajaya bermula pada 28 Februari hingga 3 Mac 2013. Gambar di bawah adalah antara yang berjaya diambil.^^










CODE: BR005
PRICE: RM2.50/pcs
DIAMETER: 4cm

Kami membuat penurunan harga untuk brooch code BR001. Check it out here!

Semoga berpuas hati dengan hasil kraf kami di KebunKraf!