Selamat Datang^^

Kami menghasilkan kraftangan siap (ready made) dan juga tempahan khas (special order). Bagi special order, kami menyediakan ruangan pada borang untuk membuat pilihan warna dan saiz. Jika warna pilihan tidak ada dalam stok kami, kami akan menghubungi anda untuk mendapatkan pilihan warna yang lain. Kami juga menjual barangan untuk menghasilkan kraf!


Sila memetik hasil kraf di KebunKraf^^



Tuesday 25 June 2013

Ini Shopping Bag Saya

Time for bag update!^^

Hari Sabtu adalah hari plastik berbayar. KebunKraf menyambut baik seruan kerajaan bagi mengurangkan penggunaan plastik. Apa kata korang bawa beg 'Ini Shopping Bag Saya' bukan setakat hari Sabtu, malahan setiap kali korang nak pergi shopping. Beg yang dibuat dari kain belacu ini ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. And yes, it is suitable for groceries too!







CODE: LB003
PRICE: RM4.00

Oleh kerana harga amat murah, adalah tidak digalakkan membeli sehelai sahaja. Kalau nak beli sehelai juga, kami yang untung; bukan anda. Hehe. 

Countdown to Ramadhan: 15 days to go!

Monday 24 June 2013

Beg Tupperware

Salam ceria Isnin! 

Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik memandangkan jerebu sedang melanda negara kita. Banyakkan minum air ye^^

Produk yang dihasilkan kali ini adalah beg yang sesuai digunakan untuk mengisi bekas tupperware. Jom tengok hasilnya..













CODE: LB002

Haa.. Amacam? Kalo berkenan, boleh la klik pada borang tempahan.

Oh ye, selamat menyambut Nisfu Syaaban. Semoga amalan kita diterima olehNya. Mari kita persiapkan diri sambil menantikan kedatangan bulan penuh keberkatan. Marhaban ya Ramadhan!^^

Friday 24 May 2013

Si comel Ihab

KebunKraf telah mendapat keizinan si ibu untuk meletakkan gambar anaknya di blog ini bersama headband KebunKraf. Comelnya kamu, Ihab Insyirah^^


Masalah terbang seketika bila tengok baby^^

Klik sini untuk melihat headband.

Wednesday 22 May 2013

Tissue Box Cover

Selamat hari Rabu!

Item baru di KebunKraf kali ini ialah alas kotak tisu yang superb. Produk gebu-gebu ini dihasilkan oleh Fiezza Ra. Isi borang untuk tempahan^^


CODE: CV001



CODE: CV002



CODE: CV003





CODE: CV004









Monday 20 May 2013

Hati Suci

Assalamualaikum, 

Semoga kita semua sentiasa di bawah redhaNya^^

KebunKraf berjaya menghasilkan satu lagi design heart handphone strap mengikut permintaan pelanggan. 




CODE: ST004

PRICE: RM5.00

Nak juga design ni? Do fill in the form^^